KANDUNGAN SUSU AFEEF
Selain daripada Kalsium, DHA, AHA dan pelbagai khasiat yang kebiasaannya berada di dalam produk susu berjenama lain, Susu Afeef juga kaya dengan khasiat-khasiat yang lain seperti :-
BAYAM

Bayam adalah salah satu daripada sayuran yang menjadi pilihan ibubapa. Bayam kaya dengan sumber Vitamin K, Vitamin A, Mangan, Folat, Magnesium, Besi, Vitamin C, Vitamin B2, Kalsium, Kalium, dan Vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, Protein, Fosforus, Zink dan Vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik Asid Berlemak Omega 3, Niasin dan Selenium.
BUAH TIN

Buah tin disebut sebagai buah yang bermanfaat untuk mencegah kanser. Buah tin kaya dengan Kalsium dan Potasium juga mengandungi Zat Benzaldehyde yang bermanfaat melawan sel-sel kanser. Buah ini mengandungi zat yang sangat penting bagi tubuh manusia kerana dapat mengurangi kolesterol, menguatkan jantung dan menormalkan pernafasan Ianya mudah dicerna oleh sistem pencernaan, bermanfaat untuk masalah kesulitan buang air besar, masalah hati dan limpa.
BUAH DELIMA

Buah delima mengandungi antioksidan diterajui oleh Asid Eliagik yang berupaya melindungi organ paru-paru dan jantung. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser daripada membentuk. Pengambilan delima menstabilkan aras PSA. Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salur darah arteri, mengurangkan aras LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan aras HDL (kolesterol baik). Delima boleh menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 5%
KURMA

Kurma kaya dengan Zat Besi, Kalsium, Fosforus, Odium, Potassium, Vitamin A, C dan Biasin. Kurma berkesan untuk merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit. Khasiat kurma juga terbukti dalam mengatasi masalah insomnia. Individu yang mengalami masalah batuk pula boleh mengamalkan pengambilan kurma dalam menu harian mereka kerana keberkesanannya menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong seterusnya mampu menghentikan batuk. Kurma juga dapat membantu mencergaskan minda, menguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran.
MANNA

Manna atau gam arab adalah sejenis susu getah yang diperolehi dengan menoreh kulit sejenis pohon Akasia. Ia mempunyai kandungan Prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan Prebiotik yang terdapat dalam susu ibu dan 10 kali ganda kaya dengan Kalsium yang terdapat dalam susu lembu. Manna dikatakan mempunyai Fiber yang sangat tinggi dan boleh mengatasi masalah usus seperti senak perut, sembelit, mengurangkan kadar Kolesterol dalam badan, mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangkan risiko serangan jantung, masalah darah tinggi, meningkatkan sistem imunisasi dan menguatkan tenaga.
PISANG

Pisang mengandungi kanji sebanyak 20% dan gula 1%. Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66% Sukrosa, 14% Fraktosa, dan 20% Glukosa yang membantu penyakit Anemia iaitu kekurangan Hemoglobin dalam darah kerana ia membantu meningkatkan pembentukan Hemoglobin. Kandungan Potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.Kandungan Fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis Protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
GAJUS

Gajus mengikut kajian saintifik menunjukkan setiap 100 gram biji mengandungi 21% Protein,40% Minyak Ekstrak. Kuantiti minyak yang dihasilkan adalah Asid Oleik (60-75%) dan Asid Lineolik (20-28%).Kajian juga mendapati jus buah gajus kaya dengan Vitamin C (Asid Askorbik), Vitamin B3 (Riboflavin) dan Kalsium. Kulit kacang gajus kaya dengan minyak Asid Anakardik (90%) dan Kardol (10%) yang bernilai terhadap kesihatan manusia.
EKSTRAK BARLI MALT

Ekstrak Barli Malt memberikan bekalan Karbohidrat secukupnya untuk tenaga, manakala kombinasi Vitamin A, B1, B2, C, D, Asid Folik dan Zat Mineral, membantu mengoptimumkan pembebasan tenaga daripada makanan. Kandungan serat yang tinggi dapat membantu memperlahankan penyerapan makanan dalam perut, menyebabkan kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk jangka masa lebih lama. Ini penting, terutama pada waktu pagi, kerana pada masa itu kanak-kanak mungkin tiada selera untuk makan. Minuman Malta biasanya mengandungi gula semula jadi yang cepat memberi tenaga kepada badan. Malah, ia memberikan dua kali ganda Kalsium berbanding susu biasa.
SERBUK KOKO

Serbuk koko dijadikan sebagai makanan dan minuman berkhasiat yang disukai oleh semua peringkat umur. Koko mengandungi Polyphenois & Filavanois yang menjadi ejen kuat kepada antioksidan. Koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah Lemak, Protein, Asid Amino, Karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E seperti Tiamin, Riboflavin dan Niasin. Lemak koko mengandungi lemak semulajadi yang terdapat didalam biji koko, kaya dengan Asid Sterik iaitu asid lemak tepu yang unik. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan keatas paras kolesterol didalam darah. Pada masa yang sama juga koko mengandungi 38.2% Asid Oleic iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah.