'SUSU BERKHASIAT PENUH NUTRISI, PILIHAN BIJAK PARA UMMI'

Susu afeef ini di formulakan khas sebagai minuman tambahan bagi membantu tumbesaran kanak-kanak. Bahan-bahan di dalam susu ini mampu meningkatkan kadar penyerapan kalsium serta membantu membina tulang yang kuat. Bahan-bahan tambahan seperti AHA, DHA, Omega 3&6, Kurma, Delima, Pisang dan Buah Tin membantu meningkatkan daya ingatan, mencerdaskan minda, mengandungi Vitamin dan nutrient seperti zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, Vitamin A,B,C,D,E dan B12 yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membantu mengekalkan tubuh agar sentiasa sihat,menyegarkan tubuh badan dan membantu tumbesaran sel-sel otak kanak-kanak,membantu pertumbuhan gigi serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.

AFEEF GROW 1,2,3
Susu yang diformulasikan khusus untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. Khasiat penuh nutrisi yang terkandung di dalamnya amat sesuai untuk mengatasi masalah-masalah seperti pencernaan, perut kembung dan bermacam-macam lagi masalah yang dialami kanak-kanak pada usia tersebut.



AFEEF KIDS 4 VANILLA
Keenakan susu yang diperkayakan dengan pelbagai makanan tambahan sebagai salah satu penyelesaian kepada masalah anak-anak yang kurang selera makan atau anti sayuran dan buah-buahan. Khasiat dan nutrisi di dalamnya juga dapat membantu meningkatkan tahap selera makan anak-anak anda agar menjadi kanak-kanak yang sihat, cerdik dan cerdas.


AFEEF KIDS 4 CHOCOLATE
Khusus untuk anak-anak anda yang gemarkan rasa coklat di dalam pemakanan seharian mereka. Ekstrak Coklat yang memberi tenaga tambahan dan membantu anak anda mendapat tidur malam yang lena. Ekstrak Malt yang diadunkan bersama juga dapat membantu anak anda dalam penyimpanan tenaga untuk aktiviti seharian mereka.Disamping itu, kandungan kalsium dua kali ganda dapat membantu membentuk struktur tulang dan gigi yang kuat.

KANDUNGAN SUSU AFEEF

Selain daripada Kalsium, DHA, AHA dan pelbagai khasiat yang kebiasaannya berada di dalam produk susu berjenama lain, Susu Afeef juga kaya dengan khasiat-khasiat yang lain seperti :-
BAYAM
Bayam adalah salah satu daripada sayuran yang menjadi pilihan ibubapa. Bayam kaya dengan sumber Vitamin K, Vitamin A, Mangan, Folat, Magnesium, Besi, Vitamin C, Vitamin B2, Kalsium, Kalium, dan Vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, Protein, Fosforus, Zink dan Vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik Asid Berlemak Omega 3, Niasin dan Selenium.
BUAH TIN
Buah tin disebut sebagai buah yang bermanfaat untuk mencegah kanser. Buah tin kaya dengan Kalsium dan Potasium juga mengandungi Zat Benzaldehyde yang bermanfaat melawan sel-sel kanser. Buah ini mengandungi zat yang sangat penting bagi tubuh manusia kerana dapat mengurangi kolesterol, menguatkan jantung dan menormalkan pernafasan Ianya mudah dicerna oleh sistem pencernaan, bermanfaat untuk masalah kesulitan buang air besar, masalah hati dan limpa.
BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi antioksidan diterajui oleh Asid Eliagik yang berupaya melindungi organ paru-paru dan jantung. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser daripada membentuk. Pengambilan delima menstabilkan aras PSA. Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salur darah arteri, mengurangkan aras LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan aras HDL (kolesterol baik). Delima boleh menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 5%

KURMA
Kurma kaya dengan Zat Besi, Kalsium, Fosforus, Odium, Potassium, Vitamin A, C dan Biasin. Kurma berkesan untuk merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit. Khasiat kurma juga terbukti dalam mengatasi masalah insomnia. Individu yang mengalami masalah batuk pula boleh mengamalkan pengambilan kurma dalam menu harian mereka kerana keberkesanannya menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong seterusnya mampu menghentikan batuk. Kurma juga dapat membantu mencergaskan minda, menguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran.
MANNA
Manna atau gam arab adalah sejenis susu getah yang diperolehi dengan menoreh kulit sejenis pohon Akasia. Ia mempunyai kandungan Prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan Prebiotik yang terdapat dalam susu ibu dan 10 kali ganda kaya dengan Kalsium yang terdapat dalam susu lembu. Manna dikatakan mempunyai Fiber yang sangat tinggi dan boleh mengatasi masalah usus seperti senak perut, sembelit, mengurangkan kadar Kolesterol dalam badan, mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangkan risiko serangan jantung, masalah darah tinggi, meningkatkan sistem imunisasi dan menguatkan tenaga.
PISANG
Pisang mengandungi kanji sebanyak 20% dan gula 1%. Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66% Sukrosa, 14% Fraktosa, dan 20% Glukosa yang membantu penyakit Anemia iaitu kekurangan Hemoglobin dalam darah kerana ia membantu meningkatkan pembentukan Hemoglobin. Kandungan Potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.Kandungan Fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis Protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
GAJUS
Gajus mengikut kajian saintifik menunjukkan setiap 100 gram biji mengandungi 21% Protein,40% Minyak Ekstrak. Kuantiti minyak yang dihasilkan adalah Asid Oleik (60-75%) dan Asid Lineolik (20-28%).Kajian juga mendapati jus buah gajus kaya dengan Vitamin C (Asid Askorbik), Vitamin B3 (Riboflavin) dan Kalsium. Kulit kacang gajus kaya dengan minyak Asid Anakardik (90%) dan Kardol (10%) yang bernilai terhadap kesihatan manusia.

EKSTRAK BARLI MALT
Ekstrak Barli Malt memberikan bekalan Karbohidrat secukupnya untuk tenaga, manakala kombinasi Vitamin A, B1, B2, C, D, Asid Folik dan Zat Mineral, membantu mengoptimumkan pembebasan tenaga daripada makanan. Kandungan serat yang tinggi dapat membantu memperlahankan penyerapan makanan dalam perut, menyebabkan kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk jangka masa lebih lama. Ini penting, terutama pada waktu pagi, kerana pada masa itu kanak-kanak mungkin tiada selera untuk makan. Minuman Malta biasanya mengandungi gula semula jadi yang cepat memberi tenaga kepada badan. Malah, ia memberikan dua kali ganda Kalsium berbanding susu biasa.

SERBUK KOKO
Serbuk koko dijadikan sebagai makanan dan minuman berkhasiat yang disukai oleh semua peringkat umur. Koko mengandungi Polyphenois & Filavanois yang menjadi ejen kuat kepada antioksidan. Koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah Lemak, Protein, Asid Amino, Karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E seperti Tiamin, Riboflavin dan Niasin. Lemak koko mengandungi lemak semulajadi yang terdapat didalam biji koko, kaya dengan Asid Sterik iaitu asid lemak tepu yang unik. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan keatas paras kolesterol didalam darah. Pada masa yang sama juga koko mengandungi 38.2% Asid Oleic iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah.
No posts.
No posts.